Email

rumahkebajikannurulhasanah@gmail.com

  Call Now

(+60)113-6711-965

Dan Allah sentiasa memberi pertolongan kepada Hambanya selama ia menolong saudaranya

Pusat Jagaan Rumah Kasih Nurul Hasanah (PJRKNH)

Bermula kerana rasa terpanggil mendengar keluhan dan sedih masyarakat yang diuji dengan pelbagai kesusahan dan kesempitan hidup terutamanya anak-anak yatim, mualaf, ibu tunggal, balu serta mereka yang dihimpit kesulitan serta musibah.

Mula dibuka pada awal April 2012 dan seramai 48 keluarga yang berdaftar dan 25 orang di tempatkan di PUSAT JAGAAN RUMAH KASIH NURUL HASANAH (PJRKNH) yang berumur dari 6 hingga 17 tahun. PJRKNH ini di bawah RUMAH KASIH NURUL HASANAH (PPM-012-10-310317) dan di bawah PERAKUAN PENDAFTARAN PUSAT JAGAAN (JKM) dengan no. perakuan : B/PJBKK 02/2020.

Rumah Kasih

Rumah yang di dalamnya wujud kasih sayang yang tinggi, suka duka di kongsi bersama, saling menghargai, mendahulukan orang lain dari diri sendiri, nikmat yang datang di kongsi dan bekerjasama.

Nurul Hasanah

Cahaya kebaikan yang menerangi hati yang telah dikotori dosa. Rasulullah S.A.W. adalah cahaya kebaikan yang tiada tandingan kehebatan akhlak dan pengorbanan baginda di dalam membela fakir miskin menjadi contoh di atas segala contoh sabda Rasulullah S.A.W., kebaikan sedekah yang dilakukan boleh memadam kejahatan. 

Tujuan

Tujuan PJRKNH dibuka adalah kerana rasa terpanggil setelah mendengar keluhan dan kesedihan masyarakat yang diuji dengan pelbagai ujian kesusahan dan kesempitan hidup terutamanya Anak-anak Yatim, Ibu Tunggal, Balu, Warga Emas, Fakir Miskin, Asnaf serta mereka yang ditimpa kesusahan.

Tentang Kami

Bermula kerana rasa terpanggil mendengar keluhan dan sedih masyarakat yang diuji dengan pelbagai kesusahan dan kesempitan hidup terutamanya anak-anak yatim, mualaf, ibu tunggal, balu serta mereka yang dihimpit kesulitan serta musibah.

Aktiviti Terkini

Majlis Agihan Persiapan Sambut Ramadhan RKNH Outdoor (KAYM)

Majlis Agihan Persiapan Sambut Ramadhan...

Majlis Silaturrahim ringan bebanan KAYM bersama Iftar Ramadhan di RKNH pada Tarikh : 1 Ramadhan / 2 Mac ( Ahad)…

Tangan yang di atas lebih baik dari tangan yang di bawah

Bantu kami mengubah air mata menjadi senyuman. Sumbangkan untuk menyelamatkan Rumah Kebajikan Anak-Anak Yatim dan Asnaf Nurul Hasanah dari keadaan terdesak. Setiap sumbanganmu memberi harapan baru bagi mereka yang sangat memerlukan. Berikan sinar kehidupan hari ini

Gambar Aktiviti Program

RKNH telah memilik perncangan untuk program selama satu tahun. Bagi Tuan Puan yang ingin menyertai program tersebut sila hubungi RKNH.

Program-program Yang Telah Dijalankan

Scroll to Top