Email

rumahkebajikannurulhasanah@gmail.com

Tentang Rumah Kasih Nurul Hasanah

Tujuan Pendirian
Tujuan PJRKNH dibuka adalah kerana rasa terpanggil setelah mendengar keluhan dan kesedihan masyarakat yang diuji dengan pelbagai ujian kesusahan dan kesempitan hidup terutamanya Anak-anak Yatim, Ibu Tunggal, Balu, Warga Emas, Fakir Miskin, Asnaf serta mereka yang ditimpa kesusahan.

Mula dibuka pada awal April 2012 dan seramai 48 keluarga yang berdaftar dan 25 orang di tempatkan di PUSAT JAGAAN RUMAH KASIH NURUL HASANAH (PJRKNH) yang berumur dari 6 hingga 17 tahun.

PJRKNH ini di bawah RUMAH KASIH NURUL HASANAH (PPM-012-10-310317) dan di bawah PERAKUAN PENDAFTARAN PUSAT JAGAAN (JKM) dengan no. perakuan : B/PJBKK 02/2020.

Sinopsis Rumah Kasih Nurul Hasanah

Rumah Kasih
Rumah yang di dalamnya wujud kasih sayang yang tinggi, suka duka di kongsi bersama, saling menghargai, mendahulukan orang lain dari diri sendiri, nikmat yang datang di kongsi dan bekerjasama.
NURUL Hasanah
Cahaya kebaikan yang menerangi hati yang telah dikotori dosa. Rasulullah S.A.W. adalah cahaya kebaikan yang tiada tandingan kehebatan akhlak dan pengorbanan baginda di dalam membela fakir miskin menjadi contoh di atas segala contoh sabda Rasulullah S.A.W., kebaikan sedekah yang dilakukan boleh memadam kejahatan.

VISI PJRKNH

Berazam dan bertekad untuk membawa sinar baru dalam kehidupan insan-insan yang kurang bernasib baik dengan mengusahakan sedaya mungkin segala keperluan yang diperlukan mereka dari segi samada keperluan Lahiriah atau pun Rohaniah.

Read More

Berazam dan bertekad untuk membawa sinar baru dalam kehidupan insan-insan yang kurang bernasib baik dengan mengusahakan sedaya mungkin segala keperluan yang diperlukan mereka dari segi samada keperluan Lahiriah atau pun Rohaniah.

Membimbing mereka sehingga menjadi insan yang cemerlang dan berjaya di dalam segala segi khususnya Akademik mahupun Diniah. Akan diusahakan semoga lahirlah dari Pusat Jagaan Nurul Hasanah ini mereka yang terbangun Mindanya, Akalnya, Jasmaninya dan Rohaninya.

Mereka juga memiliki jati diri dan kekuatan jiwa yang kental sehingga mampu menjadi model kepada golongan yang senasib dengan mereka serta peka, bersemangat dan bercita-cita untuk turut membela dan menaungi orang lain sebagaimana pembelaan yang telah mereka perolehi sebelum ini.

MISI PJRKNH

Membangunkan sebuah Pusat atau Kompleks Kebajikan yang berperanan sebagai saluran tambahan yang beroperasi 24 jam serta konsisten di dalam membantu mereka yang dhaif dan susah menjana pendapatan harian.

Read More

Membangunkan sebuah Pusat atau Kompleks Kebajikan yang berperanan sebagai saluran tambahan yang beroperasi 24 jam serta konsisten di dalam membantu mereka yang dhaif dan susah menjana pendapatan harian.

Melalui berbagai program yang dianjur agar dapat mencukupi bagi menampung Operasi Kebajikan yang ingin dilaksanakan.

Dari Hakim bin Hiram radiallahu ‘anhu dari Nabi S.A.W. berkata: Tangan yang di atas lebih baik daripada tangan yang di bawah, maka mulailah untuk orang-orang yang menjadi tanggunganmu dan sedekah yang paling baik adalah dari orang yang sudah cukup (untuk keperluan dirinya). Maka barangsiapa yang berusaha memelihara dirinya, Allah akan memeliharanya dan barangsiapa yang berusaha mencukupkan dirinya maka Allah akan mencukupkannya.

Scroll to Top